Friday, August 19, 2011

Rehlah Mahabbah 2 ( kembara Ilmu )

Alhamdulillah..syukur ke hadrat ilahi dengan nikmat IMAN dan ISLAM. Dengan pertolongan Allah swt akhirnya team NISA sekali lagi meneruskan Rehlah Mahabbah Nisa' 2 dengan Tema KEMBARA ILMU pada 20 OGOS 2011 pada hari AHAD, bertemat di TAMAN INTANOVA teluk intan.

Walaupun kehadiran adalah ahli baru tetapi tidak mematahkan semangat semua team NISA untuk terus menjayakan KEMBARA ILMU pada kali ini.Seperti biasa majlis dimulakan dengan asmaul Husna, lagu SATU HATI dan zikir daripada ustaz Badrul Amin. sedikit sentuhan
KALBU daripada kak ilah...yang sangat menyentuh hati tentang persiapan melalui 10 terakhir Ramadhan..antara kata-kataya...

"Allah swt tidak memberikan ganjaran 10 terakhir Ramadhan secara 'cash' kepada hambanya, ganjarannya adalah di akhirat nanti, jika diberikan 'cash' seperti dapat lailatulqadar = RM2 juta bank in dlm akaun masing tentunya semua hambanya akan tekun beribadah tanpa menghiraukan Bazar Ramadhan, Baju raya dan sebagainya..tetapi Allah swt menguji hambanya dengan menangguhkan GANJARAN ini di Akhirat nanti.."

Kemudian diteruskan lagi dengan pelancaran TEEN CIRCLE CENTRE. dirasmikan oleh kak awe. tema WAU telah dipilih sebagai satu simbolik menandakan..setiap kita telah memilih satu jalan dalam hidup masing-masing..maka tali layang2 / wau itu perlu dipegang kemas agar tidak terputus dan andaikata berselisisih dengan layang2 atau wau lain..perselisihan dengan kawan2 itu mestilah diurus dengan baik agar dapat sama-sama terbang bersama memartabatkan ISLAM...

Kemudian sekali adalah sesi SUAI KENAL / TAARRUF...moga kehadiran kita diberi GANJARAN yang baik oleh Allah swt..insyaAllah







ps : team Nisa mengucapkan Syukran Kathira atas Kak Jamilah atas penyedian Prop's..yg sangat hebat..anda sungguh berbakat dalam NISA..tq



No comments:

Post a Comment