Friday, September 23, 2011

20 Amalan Murah Rezeki

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1.Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2.Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah

Tuesday, September 20, 2011

Program Motivasi Anak Solehah Dan Keibubapaan


Alhamdulillah dengan kehendak Allah yang MAHA Kuasa..akhirnya program ini berjaya juga dilaksanakan dengan kehadiran peserta yang mencapai sasaran. Terlebih dahulu kami

Kelebihan Air Putih

Minum air jangan hanya kerana kita merasa dahaga sahaja. Namun pertimbangkan pula kegunaan air ini dalam tubuh manusia. Berikut ada 5 tips berguna, mengapa kita harus

Monday, September 19, 2011

Kenali Jenis Kulit Anda

Sebelum membeli apa-apa bahan kosmetik,anda mesti kenal jenis kulit terlebih dahulu. Pemiliham produk kosmetik yang tepat dengan kulit muka akan memberikan kesan solekan yang menarik dan tahan lebih lama.


Secara umum, jenis kulit normal dapat menggunakan pelbagai produk kosmetik. Namun bagi anda yang memiliki kulit jenis sensitif, berminyak atau kering, perlu berhati-hati untuk memilih produk kosmetik yang sesuai. Faktor persekitaran seperti keadaan cuaca dan udara seperti panas matahari, debu, bahan kimia dan pencemaran juga perlu diambil kira untuk mendapatkan kosmetik yang sesuai dengan anda. Jika

Tips Mencuci Muka


JOM KONGSI TIP PENJAGAAN MUKA BERSAMA NISA' 
Muka kita adalah umpama kanvas lukisan yang kosong. Muka perlu dicuci sebelum bersolek dan selepas menggayakan solekan.

Sebelum bersolek, kita perlu membersihkan muka terlebih dahulu supaya

Monday, September 12, 2011

Selamat Menjawab & Semoga Berjaya Buat Calon UPSR 2011

Perjuangan pelajar TAHUN 6 kini bermula, jadikan impian suatu kenyataan!
Nisa' teluk Intan ingin mengucapkan selamat menjawab dan semoga berjaya buat semua adik-adik yang bakal menduduki Ujian Pencapaian sekolah Rendah (UPSR) bermula 13 september 2011 hingga 15 september 2011.

Rasa Malu

Rasa malu itu ada 10 macam ...

Pertama ; Rasa malu kerana berbuat salah, seperti rasa malu Nabi Adam ‘alaihissalam yang melarikan diri dari Allah SWT saat di syurga. Ketika Allah SWT bertanya , “Mengapa kamu melarikan dirimu dari Ku wahai Adam?” Adam menjawab, “Tidak wahai Tuhanku, melainkan kerana rasa malu terhadap engkau”.

Kedua ;
Rasa malu kerana keterbatasan diri (kelemahan dan rasa serba tidak sempurna), seperti rasa malu para malaikat yang membuatkan mereka senantiasa bertasbih kepada Allah SWT siang dan malam bahkan tanpa

♥♥ Cintakan Ilmu ♥♥


Ilmu itu cahaya, jahil itu merbahaya.

ilmu bukan hanya untuk minda, tapi jua untuk hati.
moga dengan ilmu, dapat membersihkan hati..
menjernihkan kefahaman, menguatkan rohani..
sebaik-baik ilmu, menjadikan kita semakin dekat dgnNya.

jom C I N T A kan ilmu!

"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan,
Dia menciptakan manusia dari segumpal darah.
Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Mulia.
Yang mengajar (manusia) dengan pena.
Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
Sekali-kali tidak! Sungguh, manusia itu benar-benar melampaui batas.
Apabila melihat dirinya serba cukup.
Sungguh, hanya kepada Tuhanmulah tempat kembalimu."

[Al-Alaq:1-8]

Motivasi : JOM JADI ANAK SOLEHAH

Program Motivasi 2011 ANAK SOLEHAH & KEIBUBAPAAN
Sepetang bersama PROF MADYA DR WAN MASRI WAN DAUD (Perunding Motivasi)
Tarikh : 16 September 2011
Hari    : Jumaat
Masa : 2.30 PM - 5.30 PM
Yuran : RM 5 (Termasuk Makan)

"Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara."




Thursday, September 8, 2011

Niat Puasa Enam

Puasa Sunat Enam Syawal

Kesempurnaan ibadat seseorang Islam bukan sekadar terletak kepada amalan-amalan fardhu yang diwajibkan oleh Allah S.W.T., malah ia turut ditampung oleh amalan-amalan sunat di dalam memperindahkan lagi mutu ibadat yang dilakukan.

Seumpama solat yang menjadi amalan terawal dihisab di Padang Mahsyar kelak, dinilai terlebih dahulu akan solat wajib yang dilakukan, dan jika terdapat kekurangan, ia akan dilihat melalui amalan solat sunat bagi menampung mana-mana kekurangan solat fardhu. Begitu juga amalan berpuasa. Kecantikan puasa wajib Ramadhan jika ditambah dengan puasa-puasa sunat adalah terlebih indah dan baik daripada hanya bergantung kepada puasa Ramadhan semata-mata.