Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan Kareem

Salam Ramadhan NISA TELUK INTAN. ucapkan kepada semua yang berada di sekitar Teluk Intan khususnya dan umumnya untuk semua umat Islam seluruh dunia. Alhamdulillah kita sekali lagi diberi peluang oleh ALLAH untuk menikmati RAMADHAN yang penuh dengan pengampunan, keberkatan dan kerahmatan insyaAllah.

Sempena RAMADHAN ini sedikit perkongsian pengisian yang boleh dipraktikkan untuk setiap NISA ..setiap remaja supaya hidup kita lebih terarah dan seimbang Rohani dan Jasmani..
TIP membina Rohani yang sihat ;

1 Membaca Al-Quran secara berterusan ( istiqamah ) - bacalah walaupun sehelai sehari jangan tidak langsung
2 Membaca buku Motivasi - agar dapat membina jiwa ke arah kesejahteraan
3 Menjaga solat - tunaikanlah pada awal waktu
4 Bergaul dengan kawan-kawan yang baik - menjauhi mereka yang buruk sikapnya
5 Dekati dan sentiasa mengimarahkan masjid - mudah-mudahan dapat meraih ketenangan
6 Berfikiran positif dan sentiasa berdoa agar sentiasa berada dalam kebaikan dan dijauhi segala musibah

sumber daripada buku di bawah...boleh beli dan baca ...


semoga sedikit perkongsian ini memberi satu rasa dekat sesama kita...wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment