Alhamdulillah dengan kehendak Allah yang MAHA Kuasa..akhirnya program ini berjaya juga dilaksanakan dengan kehadiran peserta yang mencapai sasaran. Terlebih dahulu kami
pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat Pusat Pengajian Ar-Rayyan ( Ustaz Radwan dan Isteri ) kerana bertungkus lumus menyediakan tempat yang selesa untuk program NISA kali ini. Semua AJK NISA yang sangat bersemangat dan sanggup meluangkan masa untuk program kebajikan ini.Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian.
Aturcara program bermula jam 2.30 dengan kehadiran peserta dan juga sesi pendaftaran. Alhamdulillah ada dua orang bapa menjadi peserta program yang amat penting dalam mendidik anak-anak ini. kemudian tanpa melengahkan masa lagi majlis diteruskan dengan tayangan video sementara menanti kehadiran penceramah. Slide show berkenaan dengan organisasi NISA dan juga program-program Nisa yang telah dijalankan. Slide ini telah pun disiapkan oleh Ustaz Meor ( tenaga pengajar Al-Munir ) terima kasih diucapkan. buat julung-julung kalinya juga NISA Teluk Intan memperkenalkan organisasi kepada peserta yang hadir..semoga langkah ini akan diteruskan lagi dengan Misi NISA ke arah kebajikan dan kemasyarakatan.
Para peserta bersemangat...
di meja pendaftaran ...ceria semua AJK NISA
Motivasi oleh Prof Madya Wan Maseri bt Wan Mohd ...semoga memberi kesan kepada setiap hati-hati peserta yang hadir. Tajuknya mudah penghayatan Asmau Husna dalam kehidupan harian..tetapi katanya bagaimanakah penghayatan itu ?? sejauh manakah ia dihayati diamalkan ?? antara soalan yang menyentuh hati ibu-ibu yang hadir ..ada tak ibu disini pernah mengatakan kepada anaknya bukan ibu yang memberi kasih sayang ini kepada mu..wahai anak..tetapi Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Wadud yang memberi kasih sayang ini kepadamu wahai anakku....ibu ini hanya alat..berapa ramai ibu-ibu yang memperkenalkan Allah kepada anaknya sejak dari kecil sebegini.....insyaAllah moga semua ibu yang hadir tergolong dalam golongan yang ini..
cenderahati dari pengarah program ukhti hafizah kepada Prof..terima kasih atas ilmu mu Prof..terbangkit seketika hati-hati ini dengan kata-kata mu..tercuit seketika hati-hati ini dengan doa mu yang membuatkan hati ini menangis kerana tidak memohon kepada ALLAH atas setiap urusan dunia ini..
doa yang sungguh syahdu...
No comments:
Post a Comment