Sebelum membeli apa-apa bahan kosmetik,anda mesti kenal jenis
kulit terlebih dahulu. Pemiliham produk kosmetik yang tepat dengan
kulit muka akan memberikan kesan solekan yang menarik dan tahan lebih
lama.
Secara umum, jenis kulit normal dapat menggunakan
pelbagai produk kosmetik. Namun bagi anda yang memiliki kulit jenis
sensitif, berminyak atau kering, perlu berhati-hati untuk memilih produk
kosmetik yang sesuai. Faktor persekitaran seperti keadaan cuaca dan
udara seperti panas matahari, debu, bahan kimia dan pencemaran juga
perlu diambil kira untuk mendapatkan kosmetik yang sesuai dengan anda.
Jika
anda tersalah pilih, anda akan mengalami masalah iritasi pada
kulit.
Ciri-ciri Kulit Normal:
- Tegang dan lembut
- Tidak kering dan juga tidak berminyak
- Liang pori tidak besar
Produk yang sesuai – jenis serbuk (powder), krim dan gel
Ciri-ciri Kulit Kering:
- Terasa kasar dan kusam
- Liang pori rapat dan tidak berminyak
- Liang-liang pori kelihatan berkedut
- Mudah iritasi apabila keadaan persekitaan panas atau sejuk
Produk
yang sesuai – jenis krim atau pelembap yang membuatkan kulit lebih
lembap dan juga produk yang disapukan dapat menyerap lebih lama
Ciri-ciri Kulit Berminyak:
- Kelenjar minyak sangat aktif, kulit selalu nampak berrkilat
- Liang pori kelihatan besar
- Mudah ditumbuhi jerawat
Produk yang sesuai – jenis serbuk (powder) dan gel yang mudah menyerap minyak
Ciri-ciri Kulit Kombinasi:
- Daerah T kelihatan berminyak tetapi bahagian dagu dan pipi kelihatan normal atau kering.
Produk yang sesuai – jenis serbuk (powder) atau pelembap
Ciri-ciri Kulit Sensitif:
- Mudah iritasi dan nampak kemerahan
- Mudah alah terhadap produk kecantikan
Produk yang sesuai – segala jenis produk yang bebas daripada wangian, pewarna dan pengawet
No comments:
Post a Comment