Friday, November 4, 2011

FADHILAT: Puasa Hari Arafah

        Hari Arafah merupakan hari yang mempunanyai kelebihannya yang tersendiri. Jika para jemaah haji diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf di sana, kita yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji pula digalakkan untuk berpuasa pada hari ini. Kedatangannya setahun sekali ini janganlah disia-siakan. Kita juga digalakkan untuk berzikir dan berdoa kepada Allah pada hari ini. Di sini
dipetik beberapa buah hadis untuk renungan kita bersama.

    Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Dikaffarah(ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.
                                                                         - Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi -

    Daripada Sayyidatina 'Aisyah telah berkata : Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah.
                                                                                                                    - Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi-

    Daripada Anas bin Malik telah berkata : Adalah dikatakan pada hari-hari sepuluh setiap hari(menyamai) seribu hari, hari Arafah(menyamai) sepuluh ribu. ....Telah berkata imam Baihaqi iaitu pada kelebihan.
                                                                                             - Hadis isnad hasan dikeluarkan oleh imam Baihaqi dan disebut oleh imam Sayuti-
   
        Semoga amalan kita bertambah dari tahun yang telah lepas dan dosa kita diampunkan oleh Allah. Zulhijjah juga memberi peringatan kepada kita bahawa tahun 1428H mula beransur meningalkan kita bersama kenangan indah dan pahit yang tersendiri. Gunakanlah segala peluang yang ada demi menambahkan lagi bekalan akhirat kita sebelum bertemu Allah di hari yang tidak ada pertolongan lain selain mereka yang menemuiNya dalam keadaan hati yang bersih dan selamat daripada kekotoran dosa dan noda.

Share this topic on Facebook

No comments:

Post a Comment