Monday, March 14, 2011

program lagi mencari ILMU

Di Mana Dia Di Hatiku?

Itulah suara kalbu yang mengungkapkan segala rintih pedih, ratap harap serta suka duka seorang hamba yang sentiasa mengharap redha-Nya. Sesungguhnya Allah itu dekat, pintu keampunan-Nya lebih luas daripada pintu kemurkaan-Nya.
Tajuk inilah yang akan dikupas di dalam forum 'FEWWIT : Di Mana Dia Di Hatiku?' yang akan dikemudikan oleh Wardina Safiyyah, dan menampilkan Ustaz Pahrol Md Juoi, Suffian Amrin (Pyan Saujana), dan Ustaz Syed Abdul Kadir Aljofree sebagai panelis.

Cara Mendaftar?

Bagi yang berminat mendaftar, anda dimestikan membuat pengesahan dengan mengisi borang di bawah. Selain untuk tujuan pengesahan, nama anda juga layak untuk menerima cabutan bertuah isitimewa, sumbangan Karya Bestari dan iLuvislam.Com.
KLIK untuk mendaftar sekarang.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Saudara Wann di talian  03-42516702 (waktu pejabat sahaja), atau emelkan ke event[at]iluvislam.com 

Pengangkutan ke UKM Bangi

Anda boleh naik KTM Komuter dari KL Sentral dan turun di Stesen UKM dengan tiket hanya berharga RM3.30 (atau, boleh juga naik di mana-mana stesen).
Dari Stesen UKM ada 2 pilihan untuk ke UKM, sama ada mendapatkan teksi dengan tambang RM6 ke UKM, atau dengan menaiki bas UKM secara percuma. Bas UKM akan ada di Stesen UKM setiap 30 minit.

Tentatif Program

0830 : Pendaftaran bermula [KLIK untuk mendaftar!]
0900 : Pembukaan majlis
0930 : Forum bermula
1100 : Q&A
1130 : Penggulungan
1145 : Majlis Penutup
1200 : Bersurai
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Saudara Wann di talian  03-42516702 (waktu pejabat sahaja), atau emelkan ke event[at]iluvislam.com. KLIK untuk mendaftar.

iluvislam.com

No comments:

Post a Comment