Hari Arafah merupakan hari yang mempunanyai kelebihannya yang
tersendiri. Jika para jemaah haji diwajibkan berada di padang Arafah
untuk wuquf di sana, kita yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji
pula digalakkan untuk berpuasa pada hari ini. Kedatangannya setahun
sekali ini janganlah disia-siakan. Kita juga digalakkan untuk berzikir
dan berdoa kepada Allah pada hari ini. Di sini
dipetik beberapa buah
hadis untuk renungan kita bersama.
Daripada Abi Qatadah
al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari
Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Dikaffarah(ampun
dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.
- Hadis isnad sohih
dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi -
Daripada Sayyidatina 'Aisyah telah berkata : Tiada dari hari dalam
setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah.
- Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh
Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi-
Daripada Anas bin Malik telah
berkata : Adalah dikatakan pada hari-hari sepuluh setiap hari(menyamai)
seribu hari, hari Arafah(menyamai) sepuluh ribu. ....Telah berkata imam
Baihaqi iaitu pada kelebihan.
- Hadis isnad
hasan dikeluarkan oleh imam Baihaqi dan disebut oleh imam Sayuti-
Semoga amalan kita bertambah dari tahun yang telah lepas dan dosa
kita diampunkan oleh Allah. Zulhijjah juga memberi peringatan kepada
kita bahawa tahun 1428H mula beransur meningalkan kita bersama kenangan
indah dan pahit yang tersendiri. Gunakanlah segala peluang yang ada demi
menambahkan lagi bekalan akhirat kita sebelum bertemu Allah di hari
yang tidak ada pertolongan lain selain mereka yang menemuiNya dalam
keadaan hati yang bersih dan selamat daripada kekotoran dosa dan noda.
No comments:
Post a Comment