Syukur kita ke hadrat Allah atas segala kurniaanNya dan marilah kita berdoa semoga akan terus dipelihara dan mampu mengerjakan amal ibadat yang dituntut dan dijauhkan dari melakukan segala yang dimurkainya.
Pada kali ini marilah kita muhasabah diri, apakah kita bersyukur, sedang bersyukur dan akan terus bersyukur kerana sejak lahir dianugerahkan pancaindera yang sihat. Kita perlu sedar akan sampai masanya anugerah itu akan ditarik balik perlahan-lahan malahan ada kemungkinan salah satunya atau sebahagiannya atau semuanya akan ditarik semula oleh Allah secara mengejut. Apakah kita
Thursday, August 25, 2011
Perbaiki SOLAT & jaga AMANAH
Pada kali ini marilah kita renungkan 6 soalan yang dibincangkan oleh Imam Ghazali dengan murid-muridnya. Walaupun nampak mudah tetapi sebenarnya amat besar peranan dan kesan dalam hidup kita di dunia apatah lagi sewaktu kita berjumpa Allah nanti. Mari kita bincangkan dalam konteks kehidupan pada hari ini semoga kita dapat manfaatnya.
Soalan-soalan tersebut ialah
1. Apakah benda yang paling dekat ?
Friday, August 19, 2011
Rehlah Mahabbah 2 ( kembara Ilmu )
Alhamdulillah..syukur ke hadrat ilahi dengan nikmat IMAN dan ISLAM. Dengan pertolongan Allah swt akhirnya team NISA sekali lagi meneruskan Rehlah Mahabbah Nisa' 2 dengan Tema KEMBARA ILMU pada 20 OGOS 2011 pada hari AHAD, bertemat di TAMAN INTANOVA teluk intan.
Walaupun kehadiran adalah ahli baru tetapi tidak mematahkan semangat semua team NISA untuk terus menjayakan KEMBARA ILMU pada kali ini.Seperti biasa majlis dimulakan dengan asmaul Husna, lagu SATU HATI dan zikir daripada ustaz Badrul Amin. sedikit sentuhan

Tuesday, August 2, 2011
Ramadhan Kareem
Salam Ramadhan NISA TELUK INTAN. ucapkan kepada semua yang berada di sekitar Teluk Intan khususnya dan umumnya untuk semua umat Islam seluruh dunia. Alhamdulillah kita sekali lagi diberi peluang oleh ALLAH untuk menikmati RAMADHAN yang penuh dengan pengampunan, keberkatan dan kerahmatan insyaAllah.
Sempena RAMADHAN ini sedikit perkongsian pengisian yang boleh dipraktikkan untuk setiap NISA ..setiap remaja supaya hidup kita lebih terarah dan seimbang Rohani dan Jasmani..
TIP membina Rohani yang sihat ;

Monday, July 18, 2011
REHLAH MAHABBAH 2011..
Alhamdulillah dengan pertolonganMU ya Allah..serta berkat usaha semua Team Nisa' telah selesaikan melaksanakan satu Mini Rehlah pada 17 Julai 2011 hari AHAD bertempat di Taman Permainan IntaNova. Dengan terlaksananya rehlah ini Team Nisa dapat mengumpulkan seramai 27 orang adik-beradik Nisa yang datang dari sekitar kawasan Teluk Intan.
Rehlah dimulakan dengan sesi suai kenal antara semua adik beradik yang dipimpin oleh Ketua Nisa' sendiri iaitu yang lebih mesra dipanggil kak Lah. Kemudian diteruskan dengan sedikit pengisian rohani yang amat menyentuh hati beberapa adik beradik NISA..sehingga menitiskan air mata. moga air mata ini memberi satu keinsafan bahawa kerdilnya kita di dunia ini untuk melakukan maksiat.
Seterusnya rehlah diteruskan dengan Senaman INTIFADA. Senaman yang sungguh bertenaga ini dipimpin oleh TEAM NISA iaitu kak lah, kak fizah, kak nor dan kak jamilah.
Explorace MINDA..ya inilah yang dinantikan..pelbagai ujian dan halangan..akhirnya semua berjaya melepasi halangan tersebut
sebelum bersurai setiap kumpulan diminta untuk membuat sedikit lakonan 1 minit sebagai latihan berada dihadapan penonton.Alhamdulillah ramai dikalangan mereka yang mempunyai bakat..ya bakat tersembunyi..
selepas itu makan..kali ini makan dalam talam..wah..mungkin pengalaman baru..tapi itulah yang semua adik beradik NISA rasai..semoga semua yang hadir terhibur dengan hiburan yang memberikan semua satu pengalaman dan persediaan untuk masa hadapan. hiburan bukan sekadar hiburan tetapi satu hiburan untuk mendidik jiwa-jiwa semua..
TERIMA KASIH SEMUA.....daripada TEAM NISA 2011

Saturday, July 16, 2011
Thursday, June 16, 2011
Asuhlah Anak itu
Petang tadi terdengar satu perbualan di antara beberapa orang ibu-ibu yang masing-masing telah mempunyai beberapa orang anak. kebetulan semunya adalah pendidik. salah seorang mempunyai seorang anak di sebuah sekolah menceritakan bahawa anaknya sering dimanipulasikan oleh orang lain untuk kepentingan tertentu. kebetulan ALLAH telah anugerahkan anak ini dengan kebolehan PS..Public Speaking..boleh bercakap dikhalayak ramai.ALHAMDULILLAH moga ALLAH jadikan anak ini seorang pejuang ISLAM yang berani. tetapi ibu ini memberitahu pada anak ini setelah mengetahui rakan-rakannya selalu menggunakan kebolehannya..ibu ini berkata
“jangan berkawan dengan si pulan dan si pulan dan si pulan..mereka ini hanya nak gunakankan kamu untuk dapat markah tertinggi sahaja”
ini hanya pendapat penulis..sebagai seorang pendidik ( tak kiralah siapapun mereka..semua manusia adalah pendidik ) hematnya patut juga mengatakan pada anak ini.
“wahai anak yang ibu sayang..ibu tahu kamu ada kebolehan bercakap..jadi ajarkanlah dan ajaklah kawan2 lain bersama-sama dengan kamu untuk boleh seperti kamu”
dialog yang di atas tadi seolah-olah mengajar anak..supaya tidak BERDAKWAH..sedangkan DAKWAH adalah SUNNAH nabi..kita sering ajar anak kita tentang selawat NABI SAW..tetapi bagaimana dengan amalannya
BUKU TARBIYYATUL AULAD..bacalah..untuk wujudkan sebuah keluarga Islam yang menepati syariat..insyaAllah

Subscribe to:
Posts (Atom)