Thursday, August 25, 2011

BerSYUKURLAH: Anugerah Pacaindera Yang Sihat

Syukur kita ke hadrat Allah atas segala kurniaanNya dan marilah kita berdoa semoga akan terus dipelihara dan mampu mengerjakan amal ibadat yang dituntut dan dijauhkan dari melakukan segala yang dimurkainya.

Pada kali ini marilah kita muhasabah diri, apakah kita bersyukur, sedang bersyukur dan akan terus bersyukur kerana sejak lahir dianugerahkan pancaindera yang sihat. Kita perlu sedar akan sampai masanya anugerah itu akan ditarik balik perlahan-lahan malahan ada kemungkinan salah satunya atau sebahagiannya atau semuanya akan ditarik semula oleh Allah secara mengejut. Apakah kita

Perbaiki SOLAT & jaga AMANAH

Pada kali ini marilah kita renungkan 6 soalan yang dibincangkan oleh Imam Ghazali dengan murid-muridnya. Walaupun nampak mudah tetapi sebenarnya amat besar peranan dan kesan dalam hidup kita di dunia apatah lagi sewaktu kita berjumpa Allah nanti. Mari kita bincangkan dalam konteks kehidupan pada hari ini semoga kita dapat manfaatnya.
Soalan-soalan tersebut ialah
1. Apakah benda yang paling dekat ?

Friday, August 19, 2011

Rehlah Mahabbah 2 ( kembara Ilmu )

Alhamdulillah..syukur ke hadrat ilahi dengan nikmat IMAN dan ISLAM. Dengan pertolongan Allah swt akhirnya team NISA sekali lagi meneruskan Rehlah Mahabbah Nisa' 2 dengan Tema KEMBARA ILMU pada 20 OGOS 2011 pada hari AHAD, bertemat di TAMAN INTANOVA teluk intan.

Walaupun kehadiran adalah ahli baru tetapi tidak mematahkan semangat semua team NISA untuk terus menjayakan KEMBARA ILMU pada kali ini.Seperti biasa majlis dimulakan dengan asmaul Husna, lagu SATU HATI dan zikir daripada ustaz Badrul Amin. sedikit sentuhan

Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan Kareem

Salam Ramadhan NISA TELUK INTAN. ucapkan kepada semua yang berada di sekitar Teluk Intan khususnya dan umumnya untuk semua umat Islam seluruh dunia. Alhamdulillah kita sekali lagi diberi peluang oleh ALLAH untuk menikmati RAMADHAN yang penuh dengan pengampunan, keberkatan dan kerahmatan insyaAllah.

Sempena RAMADHAN ini sedikit perkongsian pengisian yang boleh dipraktikkan untuk setiap NISA ..setiap remaja supaya hidup kita lebih terarah dan seimbang Rohani dan Jasmani..
TIP membina Rohani yang sihat ;