Monday, July 18, 2011

REHLAH MAHABBAH 2011..

Alhamdulillah dengan pertolonganMU ya Allah..serta berkat usaha semua Team Nisa' telah selesaikan melaksanakan satu Mini Rehlah pada 17 Julai 2011 hari AHAD bertempat di Taman Permainan IntaNova. Dengan terlaksananya rehlah ini Team Nisa dapat mengumpulkan seramai 27 orang adik-beradik Nisa yang datang dari sekitar kawasan Teluk Intan.

Rehlah dimulakan dengan sesi suai kenal antara semua adik beradik yang dipimpin oleh Ketua Nisa' sendiri iaitu yang lebih mesra dipanggil kak Lah. Kemudian diteruskan dengan sedikit pengisian rohani yang amat menyentuh hati beberapa adik beradik NISA..sehingga menitiskan air mata. moga air mata ini memberi satu keinsafan bahawa kerdilnya kita di dunia ini untuk melakukan maksiat.

Seterusnya rehlah diteruskan dengan Senaman INTIFADA. Senaman yang sungguh bertenaga ini dipimpin oleh TEAM NISA iaitu kak lah, kak fizah, kak nor dan kak jamilah.

Explorace MINDA..ya inilah yang dinantikan..pelbagai ujian dan halangan..akhirnya semua berjaya melepasi halangan tersebut

sebelum bersurai setiap kumpulan diminta untuk membuat sedikit lakonan 1 minit sebagai latihan berada dihadapan penonton.Alhamdulillah ramai dikalangan mereka yang mempunyai bakat..ya bakat tersembunyi..

selepas itu makan..kali ini makan dalam talam..wah..mungkin pengalaman baru..tapi itulah yang semua adik beradik NISA rasai..semoga semua yang hadir terhibur dengan hiburan yang memberikan semua satu pengalaman dan persediaan untuk masa hadapan. hiburan bukan sekadar hiburan tetapi satu hiburan untuk mendidik jiwa-jiwa semua..



TERIMA KASIH SEMUA.....daripada TEAM NISA 2011